Saturday, 24 February 2018
Ajal penjual kerepek dalam bilik hotel
JERTIH – Seorang warga emas berusia 76 lelaki yang sering dilihat menjual kerepek di hadapan beberapa bank di sekitar bandar Jertih meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel bajet di daerah ini pagi kelmarin.
Lelaki terbabit, Sulaiman Awang dari Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 pagi di dalam bilik hotel yang dikatakan disewa sehari sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, warga emas itu meninggal dunia di sisi sembilan ahli keluarganya termasuk isteri yang tinggal sebilik.
Menurutnya, simati yang mempunyai penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.
“Anak perempuan mangsa berusia 28 tahun kemudiannya melaporkan kematian bapanya di Balai Polis Jertih,” katanya.
Mohd Zamri berkata, siasatan mendapati kematian lelaki itu tidak ada kaitan dengan sebarang unsur jenayah dan ia disifatkan mati biasa.
Sinar Harian difahamkan si mati dan keluarganya datang ke sini untuk menjual pelbagai jenis kerepek di lokasi tertentu termasuk di hadapan beberapa bank di sekitar bandar Jertih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment